Saturday, April 28, 2012

Mini Novel : Penyelamat Cinta bab 5


Bab 5
  
          Perlahan-lahan dia membuka mata. Sinar cahaya dari lampu nilon membuat matanya sedikit silau. Lalu, ditutupnya kembali kelopak matanya. Lama-kelamaan dia mampu menyesuaikan diri dengan sinaran cahaya itu. Dia merenung siling. Begitu lambat mindanya berfikir tatkala ini. Sejenak kemudian, barulah dia tersedar. Barulah dia perasan, kini dia berada di tempat yang begitu asing buatnya. Pantas matanya berkalih ke sebelah. Membuntang mata bundar tersebut bila melihat orang yang terlantar di sisi.
            Karmiza pantas bangun dan mendekati katil suaminya. Kelopak matanya mula merembeskan air mata.
            ‘Ya Allah, abang...’ rintih hatinya. Dia memaut tapak tangan sebelah kiri milik Saifullizan dan diusapnya lembut. Begitu sayu hatinya saat memandang keadaan Saifullizan. Laju saja mutiara mata itu mengalir. Karmiza sudah menangis teresak-esak. Tangannya mengusap pula pipi suaminya lembut. Tak berhenti tangisannya memandang suaminya sebegitu. Sebelah tangan Saifullizan dibalut dengan kain pembalut tangan patah. Patah ke tangan suaminya itu? Detik hatinya.
            “Miza? Miza dah sedar?” Teguran seseorang dari belakang mengejutnya. Dia berpaling dan memandang sayu pada wajah Haji Mukhri yang baru saja datang menjenguk mereka di situ. Karmiza tak mampu bertahan lagi dan laju saja kakinya menerpa memeluk tubuh tua atuknya. Dia menangis di bahu Haji Mukhri. Haji Mukhri menepuk lembut bahu Karmiza ingin meniupkan sedikit semangat pada cucu menantunya itu.
            “Sabar ya, Miza. Bawa bertenang. Epul tak apa-apa. Jangan risau.” Karmiza merenggangkan pelukan dan memandang hairan. Haji Mukhri mengangguk perlahan memaklumkan kepastian itu. Tangisan Karmiza mula kurang. Hanya sedu-sedan saja yang kedengaran.
            “Mujurlah Epul hanya melanggar tiang lampu di tepi jalan. Atuk dah laporkan pada polis ingin siasat apa punca sebenar Epul kemalangan. Syukurlah. Cuma tangan  Epul saja yang patah. Tambahan lagi, disebabkan air bag pada stereng keretanya juga membantu mengurangkan kecederaan pada tubuh Epul.”Jelas Haji Mukhri pada Karmiza. Karmiza hanya mengangguk lemah. Matanya tak lepas dari memandang wajah tenang suaminya. Haji Mukhri juga turut sama memandang sayu pada wajah cucunya itu.
            “Cakap pasal Epul terlupa pula nak tanya khabar Miza. Miza dah okey? Sihat?” Soal Haji Mukhri yang baru saja teringat akan keadaan cucu menantunya itu. Sebaik sahaja dia mendapat panggilan ketika berada di rumah kebajikan anak yatim piatu mengenai Saifullizan, dia dikejutkan pula dengan berita Karmiza yang tiba-tiba pengsan. Mahu luruh jantungnya bila kedua-dua cucunya ditimpa musibah. Terkocoh-kocoh dia ke hospital, takut apa-apa yang terjadi pada kedua-duanya sekali.
            Karmiza mengangguk tanpa bersuara. Dia mendekati suaminya semula. Haji Mukhri mengeluh lemah. Dia tahu, pasti Karmiza masih dalam keadaan terkejut. Sebab itulah boleh sampai pengsan sebaik mendapat berita mengenai Saifullizan.
            “Miza, atuk nak balik sekarang. Miza dah sihat kan? Miza nak ikut atuk balik tak?”
            “Tak apalah, tok. Miza nak teman abang Epul sampai dia sedar. Miza takut abang Epul tiba-tiba trauma bila tengok lengannya ni. Jadi, baiklah kalau Miza temankan dia di sini. Atuk baliklah berehat, ye?”
            “Baiklah. Ni atuk ada bawak beberapa helai baju bersih untuk Miza dan Epul. Mak Timah sempat sediakan tadi. Mak Timah ada kat luar. Tengah menunggu.” Mata Miza beralih pada daun pintu. Dia beredar membuka pintu dan memanggil Mak Timah masuk.
            “Kenapa Mak Timah tak nak masuk?”
            “Tak apalah, Miza. Sebenarnya dari tadi Mak Timah dalam bilik ni. Tak tahan, sejuk sangat. Jadi, Mak Timah keluar. Dalam beg plastik tu, Mak Timah ada bawa baju tebal untuk Miza sekali. Duduk dalam bilik ni boleh beku. Tak tahan, Mak Timah.” Jelas Mak Timah sambil tangannya dari tadi menggosok lengan ingin mengurangkan rasa sejuk yang mencengkam tulang.
            “Mak Timah keluar dulu ye, Miza? Miza tidur kat sini kan? Jaga Epul tu elok-elok.” Pesan Mak Timah. “Kamu pun jaga diri jugak. Kamu pun tak sihat tu. Doktor Ackiel ada pesan kat Mak Timah, suruh kamu makan ubat yang dia dah letak kat tepi meja tu,” Sambung Mak Timah lagi. Karmiza memandang pada meja yang ditunjuk oleh Mak Timah. Ada beberapa ubat yang sudah disediakan untuknya di situ. Dia menguntum senyuman kecil pada Mak Timah.
            “Baiklah. Kita baliklah dulu, kak. Biarkan mereka berdua berehat,”Pamit Haji Mukhri. Karmiza sempat mencium tangan Haji Mukhri dan Mak Timah sebelum mereka pergi. Dia menutup pintu dengan perlahan dan melangkah mendekati Saifullizan. Lama dia merenung wajah suaminya. Ada kerutan di dahi yang dibalut dengan bandange tersebut. Satu kucupan lembut singgah di dahi suaminya, lama! Air mata mengalir jatuh ke dahi Saifullizan. Karmiza menjauhkan bibirnya dari dahi Saifullizan. Dia duduk di atas kerusi yang sudah disediakan di tepi katil Saifullizan.
            Karmiza duduk berteleku di atas kerusi. Kalau saja dia sudah bersih dari hadas besar, sudah pasti akan dibacanya surah Yassin di telinga Saifullizan. Kini, hanya doa di dalam hati yang mampu dititipnya buat Saifullizan. Semoga suaminya cepat-cepat sedar dan sembuh. Dia sudah rindukan Saifullizan. Jadi benarlah tebakkannya selama ini. Dia berasa tak sedap hati semenjak dua menjak ni. Jadi, inilah sebabnya. Karmiza tidak sedar masa berlalu begitu cepatnya sehinggalah dia tertidur berlengankan tangan kiri Saifullizan.
***
            Berkerut dahinya menahan rasa sakit yang menjalar di dadanya. Di saat itu, matanya tajam memandang wajah lelaki bengis yang tersenyum sinis padanya. Ditangan lelaki itu ada sepucuk pistol yang diacu betul-betul di depan matanya.
            “Bunuh dia, GD! Aku tak nak terima lelaki pembunuh macam dia ni! Dia patut dihukum bunuh!” Arah suara lembut di belakang lelaki bengis tadi. Mata Saifullizan beralih pula pada suara lembut di belakang GD. Dikecilkan matanya mahu melihat wajah pemilik suara lembut tadi agar nampak lebih jelas. Matanya terbuntang saat wajah itu menyapa pandangannya. Dia terkejut dengan kehadiran gadis itu di sisi GD.
            “Aku takkan pernah maafkan kau, Saifullizan! Takkan!!” Jerkah gadis itu. “GD! Bunuh dan tanam mayatnya selepas itu. Aku tak mahu tengok wajah dia di muka bumi ni lagi. Bunuh dia! Bunuh!” Pantas picu pistol ditarik dan diacu tepat pada dahi Saifullizan.
            “Tidak! Jangan Karmiza! Jangan!”
            Bang!!
            “Abang! Bangun, bang! Bangun!” Kejut Karmiza. Dia terkejut bila melihat Saifullizan yang meronta-ronta di atas katil sehingga mengganggu tidurnya tadi. Ditolaknya lembut bahu Saifullizan ingin mengejutkan suaminya dari terus mengigau. Mata Saifullizan terbuka luas dan tubuhnya bangun dari pembaringan. Karmiza mengusap lembut belakang Saifullizan ingin menenangkan Saifullizan. Lalu, ditariknya tubuh suaminya ke dalam dakapannya.
            “Ssshhh...abang, ni Miza. Abang, istighfar banyak-banyak. Abang mengigau ni. Ssshhh...tenang abang. Tenang ye sayang.” Lembut Karmiza menenangkan suaminya. Dada Saifullizan berombak laju. Nafasnya tak tentu. Perlahan-lahan, deru nafasnya kembali normal. Dia begitu terbuai dengan usapan lembut Karmiza itu. Bila Saifullizan sudah tenang, Karmiza melepaskan pelukan dan membantu Saifullizan untuk baring semula.
            “Apa dah jadi? Kenapa dengan lengan aku ni?”  
            “Awak tak ingat? Awak accident semalam,” Jawab Miza. Dia tahu dalam kes Saifullizan ini, pasti suaminya akan terlupa apa yang berlaku sebelum ini. Sudah memang kebiasaan perkara sebegini berlaku pada pesakit yang baru sahaja tersedar daripada kemalangan.
            Saifullizan mengerutkan dahinya.
            ‘Kemalangan? Aku kema..’ Lantas, segala kejadian yang berlaku petang semalam diingatnya. Memang benar dia kemalangan. Tetapi, semua itu gara-gara GD!! GD yang menyebabkan dia kemalangan. GD yang melanggar keretanya dari tepi sehingga menyebabkan keretanya hampir terbabas. Hampir sahaja keretanya jatuh ke gaung. Tetapi, dengan kecekapan dia mengelola keretanya, dia hanya terlanggar tiang lampu. Namun, kemalangan itu juga menyebabkan lengannya patah sebegini.
            ‘Patah?’ Baru Saifullizan perasan akan lengannya yang dibalut itu. Dia memandang wajah Karmiza. Karmiza membalas pandangannya hairan. Mata Karmiza beralih memandang lengan Saifullizan. Karmiza tahu, pasti suaminya menagih jawapan bagi lengan yang berbalut itu.
            “Lengan awak, patah. Tapi, kalau dirawat. Lama-lama eloklah tu. Awak jangan risau,” Ujar Karmiza dengan senyuman di bibir. Dia benar-benar bersyukur kerana kecederaan yang dialami suaminya tidaklah begitu teruk. Cuma, Saifullizan mesti memerlukan dirinya dalam menguruskan segala rutin harian semetelah lengan kanannya berbalut dan pasti sukar untuk Saifullizan melakukan apa-apa aktiviti dengan menggunakan tangan kirinya.
            Bila ingatannya kembali normal. Saifullizan mengetap bibir. Semua yang berlaku itu gara-gara GD. Dan sekarang, GD memburunya sehingga sanggup membunuhnya. Saat dia teringat semula akan mimpi ngeri tadi, perasaan Saifullizan mula sebal. Dia takut memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya Karmiza mengetahui rahsia yang disimpannya kemas dulu. Dia takut kalau-kalau apa yang berlaku di dalam mimpinya tadi benar-benar terjadi. Dia tidak mahu! Hatinya sudah mula sayang pada Karmiza. Sekiranya Karmiza mengetahui rahsia tersebut, pasti sahaja dia kehilangan Karmiza. Itu yang dia paling takuti. Biarlah nyawanya melayang sekalipun, dia tidak kisah. Dia cuma mahu Karmiza di sisinya, itu sudah cukup.
            “Abang? Kenapa ni?” Karmiza memegang lengan kiri Saifullizan bila dipandangnya Saifullizan yang diam termenung. Namun, alangkah terkejutnya bila tangannya ditepis pantas oleh Saifullizan. Dia terkedu.
            “Kau tak perlu nak pegang-pegang aku. Aku tak suka!” Makin terkejut Karmiza dibuatnya. Tiada lagi suara lembut yang meniti di bibir suaminya. Baru sahaja pagi semalam Saifullizan memanggilnya dengan panggilan ‘saya awak’. Sekarang apa sudah jadi? Adakah disebabkan lengannya patah, Saifullizan berubah kasar sebegini? Karmiza kaget.
            “Maa..maaf. Saya tak sengaja,” Ucap Karmiza perlahan. Jiwanya lemah kini. Beberapa saat lagi, pasti air matanya jatuh ke pipi. Pantas dia memicit hidung seperti sedia kala jika dirinya hampir mahu menangis. Hatinya diruntun hiba.
            “Kau ni kenapa? Sakit hidung?” Jerkah Saifullizan.
            ‘Dia mahu menangis!’ desis Saifullizan dalam hati. Bukan niatnya mahu bersikap kasar dengan Karmiza, tetapi, perasaan takut akan kehilangan Karmiza benar-benar membuat dirinya dalam dilema.
            “Tak. Bukan sakit hidung. Saya..”
            “Dah tu? Yang picit hidung tu kenapa?”
            “Saya...”
            “Dah dah. Aku nak sambung tidur ni. Jangan ganggu aku. Aku tak suka orang ganggu aku tidur.” Lantas Saifullizan baring membelakangi Karmiza. Saat itu, empangan matanya sudah pecah. Laju saja air matanya mengalir menggelongsori pipi. Dia menekup mulut dan keluar dari bilik sakit tersebut. Daripada mengiring tubuhnya beralih terlentang. Air matanya juga jatuh mengalir.
            ‘Maafkan aku, Karmiza. Maafkan aku, sayang...’ rintih hatinya.
            Karmiza berlari meredah malam. Masa sudah menginjak ke pukul 2 pagi. Dan hanya ada dia saja yang berada di taman hospital tersebut. Karmiza duduk di kerusi panjang di taman tersebut dan ditemani tangisan yang tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dia menangis tersedu-sedan dan memukul lembut pada dadanya. Begitu sakit jiwanya bila Saifullizan melayannya sebegitu. Rasa sakit itu begitu menusuk di hatinya. Angan-angan yang dibayangnya pagi semalam mula pudar. Angan-angan untuk meraih kebahagiaan bersama suami tercinta.
            “Miza!” Terkejut gerangan yang menegur Karmiza itu di saat matanya menangkap wajah Karmiza yang sedang berduka. Kakinya pantas mendekati Karmiza dan dia duduk di sisi Karmiza.
            “Kenapa ni, Miza? What happend to you? Is it Saifullizan? Dia kenapa? Macam mana keadaan dia? Dia okey jekan?” Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir doktor muda itu.
            “Hey, kenapa ni, Miza? Why are you crying, hmmm?” Kalau sahaja Karmiza itu miliknya, pasti ditariknya Karmiza ke dalam dakapannya sekarang. Sayu hatinya di saat  melihat wajah Karmiza lecun dengan air mata yang tak henti-henti mengalir di pipi. Doktor Ackiel menyeka air mata Karmiza lembut.
            Karmiza masih belum mahu menjawab soalannya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan demi memujuk gadis itu, lalu, dibiarkan saja gadis itu menangis di sebelah.
            Lama mereka di situ sehinggalah tangisan Karmiza reda. Apabila tiada lagi air mata yang mengalir di pipi gadis itu, Ackiel menyerahkan sapu tangan yang baru sahaja dikeluarkan dari poket baju seragamnya itu kepada Karmiza. Dengan lambat, Karmiza menyambut sapu tangan itu dari tangan Ackiel.
            “Terima kasih, Ackiel,” Ucapnya sepatah. “Sama-sama,” Balas Ackiel sepatah. Ackiel mengerling di sebelah.
            “Sorrylah, sapu tangan tu ada bau sikit. Sebab, tadi, saya lap hingus...”
            “Eee...Pengotorlah awak ni, doktor Ackiel!” Pintas Karmiza. Karmiza segera mengembalikan sapu tangan tersebut dan diletaknya ke riba lelaki itu. Dia mengelap tangannya di hujung baju. Sesaat kemudian, terdengar bunyi gelak dari lelaki tersebut. Karmiza memandang Ackiel hairan.
            “Saya tak habis cakap lagi, awak dah bagi balik sapu tangan tu kat saya. Siapa yang pengotor sebenarnya sekarang? Awak ke saya? Saya nak cakap. Tadi, saya nak lap hingus untuk awak. Dari hidung awak. Sekarang, cuba cakap. Siapa yang pengotor antara kita?”
            “Tapi awak tak sebut pun perkataan ‘nak’ tadi? Awak nak tipu saya ek, doktor Ackiel?” Ackiel tersenyum manis. “Awak rasa?” Duga Ackiel pula.
            “Ackiel Ariz! Awak sengaja nak kenakan saya,kan?” Terbit juga senyuman di hujung bibir Karmiza. Ackiel mengangkat jari telunjuknya dan ditujukan pada senyuman Karmiza.
            “Demi sebuah senyuman awak tu, saya sanggup kenakan awak. Kerana senyuman awak tu boleh menyinari kegelapan duka yang awak alami sekarang. Senyuman itu amat bermakna bagi orang di sisi awak. Awak fahamkan maksud saya, Miza?” Karmiza terkedu saat Ackiel bermadah penuh makna.
            “Karmiza yang saya kenal tak pernah berputus asa. Di saat dia berduka, dia tetap mahu tersenyum. Dia tetap mahu mengukir senyuman manis di depan para pesakit yang tengah menunggu saat ajal memanggil mereka. Demi sebuah senyuman itu, dia sanggup berpura-pura gembira di depan para pesakit. Mahu bergelak ketawa di depan mereka supaya setiap hati yang melihat senyuman itu terhibur dan melupakan duka. Karmiza itu..Karmiza itulah yang duduk di sebelah saya sekarang. Karmiza yang sentiasa ceria dengan senyumannya. Karmiza yang berani menyahut cabaran dan langsung tak pernah patah semangat.” Sambung Ackiel panjang.
            Karmiza mengulumkan senyuman kecil. Dia menunduk malu dengan pujian Ackiel itu. Dia benar-benar sudah terpujuk dengan kata-kata ikhlas dari Ackiel itu.
            “Terima kasih, Ackiel. Saya bersyukur sangat mendapat kawan sebaik awak. Awak mesti ada di kala saya susah. Awak akan sentiasa menemani saya di saat saya tengah merana. Terima kasih sekali lagi,” Ackiel membalas senyuman Karmiza. Dia menjongketkan bahu.
            “Sudah tugas saya sebagai doktor ingin merawat duka awak tu,” Karmiza mencebik dan kembali tersenyum.
            “Ingatlah, Miza. Saya akan sentiasa ada untuk awak. Apa yang mampu saya buat ialah, berada di samping awak. Tak kiralah, awak tengah bersedih atau pun gembira. I’m always gonna be there for you.” Sambungnya lagi.
            “Pergilah balik ke bilik suami awak. Temankan dia di kala dia susah. Saya tak tahu kenapa awak bersedih tadi, tapi saya nak awak terus tabah di samping dia. Dia memerlukan awak sekarang. Lebih-lebih lagi dengan keadaan lengannya itu. Jadi, memang sudah menjadi kebiasaan seseorang pesakit itu bertindak tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling. Jadi, bersabarlah ye?” Pesan Ackiel ikhlas. Namun, di dalam hatinya, dia meronta-ronta menahan rasa sembilu.
            Karmiza hanya memandang kosong pada wajah Ackiel.
            “Dah lewat ni, Miza. Baliklah. Saya nak jenguk patient sekejap. Bye, assalamualaikum.” Pamit Ackiel meninggalkan Karmiza keseorangan di taman. Karmiza menghela nafas panjang. Dia mendongak ke langit. Tiada bintang mahupun bulan yang menemani malam. Dia melepaskan keluhan lemah.
            ‘Aku kena bersabar! Aku kena tabah dalam meraih cinta suamiku. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Permudahkanlah segala urusanku. Kau lembutkanlah hati suamiku itu. Amin.’
***
            Sudah 2 minggu Karmiza melayan kerenah Saifullizan yang sering dingin dengannya. Semakin hari, semakin lali telinganya mendengar herdikan dan amukan suaminya itu. Tetapi tidak pula suaminya menunjukkan ‘taring’ di depan atuknya. Dia hairan sendiri.
            Tangan kanan Saifullizan masih belum sembuh sepenuhnya. Entah apa mimpi Saifullizan bila dia diarahkan untuk menghantar makanan ke dalam bilik sahaja. Saifullizan tidak mahu turun ke bawah. Dia mahu makan di dalam bilik. Semakin bingung Karmiza dibuatnya. Pasti ini salah satu cara Saifullizan mahu membulinya. Atau, mungkin saja suaminya itu tidak mahu berlakon di depan Haji Mukhri buat masa ni? Tidak mahu bertekak dengan Saifullizan, dia membawa talam bersama hidangan makan malam ke bilik.
            Saifullizan duduk menonong di atas katil. Memikirkan apa, Karmiza tidak mahu tahu. Kepalanya sendiri sudah pening dengan sikap Saifullizan itu. Jadi, dia tidak mahu memeningkan kepala lagi memikirkan apa yang bermain di minda suaminya.
            Karmiza meletakkan dulang di atas meja di sebelah katil.
            “Makanlah,” Jemput Karmiza perlahan. Saifullizan langsung tidak mahu memandang wajahnya. Masih duduk diam di atas katil tanpa bersuara pun. Karmiza masih setia di sisi Saifullizan.
            “Saya suap awak makan, ye?”
            “Tak payah!” Jawab Saifullizan kasar. “Aku boleh makan sendiri. Kita bukannya di depan atuk sekarang nak bersuap bagai. Tangan aku dah elok. Kau tak payah nak suap aku. Berdesing telinga aku kalau makan di depan atuk kalau tak kena suap dengan kau,” Rungut Saifullizan. Karmiza menelan liur menahan sabar. Dia menahan rasa hati yang hampir saja mahu meletus tidak lama lagi.
            ‘Sabar, Miza. Sabar. Kau kena...Sabar. Fuhhh...’ Karmiza menarik nafas perlahan.
            “Kalau kau nak aku makan, jangan halang aku boleh tak? Duduk kat tempat lain tak boleh ke?”
            “Saya nak suapkan awak jugak!”
            “Aku cakap aku nak suap sendiri! Aku mampu buat sendiri, kau tak payah nak suap aku. Aku masih ada tangan yang lagi satu. Jadi, kau tak payah nak tunjuk belas kasihan kau tu kat aku!”
            “Suka hatilah!” Karmiza mengangkat punggung dan duduk di sofa yang bertentangan dengan meja di sisi katil tersebut. Karmiza memeluk tubuh dan mengalih pandangan ke arah lain.
            Walaupun hatinya sebal dengan ego suaminya itu, tetapi, dia masih ambil kisah tentang suaminya. Dia mencuri pandang pada Saifullizan dan memerhati lagak suaminya itu. Dia benar-benar kasihan melihat Saifullizan yang terkial-kial ingin menyudukan lauk ke dalam mulutnya. Berdeting bunyi sudu yang berlaga dengan piring. Saifullizan kembali menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Apabila dia mahu mencarik isi ayam di pinggan, sudunya terlepas dari tangannya jatuh ke atas lantai.
Karmiza yang memerhati dari tadi sudah tidak tertahan lagi. Dia mengangkat punggung dan pantas menerpa suaminya. Dia meluru memeluk tubuh suaminya bersama esakan.
            “Sudahlah, abang. Jangan seksa diri abang tu. Jangan buat Miza terseksa melihat abang terseksa sebegini. Cukuplah dengan penderitaan abang tu. Miza faham perasaan abang. Miza tak boleh tinggalkan abang. Miza takkan pernah tinggalkan abang walau sesaat pun. Miza tak tahan dengan penderaan yang abang buat kat Miza ni. Jiwa Miza terseksa,bang. Miza mahukan suami Miza yang dulu. Miza mahukan Saifullizan yang dulu. Yang masih memikirkan perasaan Miza. Tolong,abang. Hentikan semua ini. Miza rindukan abang. I need you, abang!” Rintih Karmiza panjang. Dia memeluk erat tubuh suaminya tanpa mahu dilepaskan pun. Di saat Saifullizan mahu melepaskan pelukan itu, makin dirapatkannya lagi pelukan itu pada tubuhnya. Dia menggeleng.
            “Jangan! Miza tak nak lepaskan, abang. Miza mahu kita begini. Mahu kita seperti dahulu. Miza mahu abang sedar yang Miza tak mahu abang bersikap dingin dengan Miza. Miza mohon, bang. Jangan seksa diri abang tu. Miza tahu, abang pun dah mula sayangkan Miza.”
            “Apa bukti kau yang aku dah mula sayangkan kau?” Duga Saifullizan. Karmiza merenggangkan pelukannya dan memandang tepat pada mata Saifullizan.
            “Ini...” Pantas Karmiza mengucup lembut bibir suaminya. Dia melepaskan kucupan tersebut dan dia menyandarkan kepalanya pada dada bidang suaminya.
            “Bunyi degupan itu hanya untuk Miza. Bunyi degupan itu membuktikan abang juga mempunyai perasaan yang sama dengan Miza. Kalau abang masih tidak berpuas hati, abang dengarlah sendiri degupan jantung Miza yang hanya berdenyut di saat Miza menyeru nama abang,” Lantas dia menarik kepala Saifullizan dekat di bawah bahu kirinya.
            “Saya, Karmiza menyintai lelaki yang bernama Saifullizan sepenuh hati,” Luah Karmiza perlahan. Saifullizan yang masih tersandar di dada Karmiza kelu di saat telinganya mendengar laju degupan jantung isterinya itu. Saifullizan terpempan. Bunyi degupan itu terdengar indah membisik di telinganya. Karmiza benar-benar cintakan dirinya. Hatinya menjerit-jerit ingin melepaskan kesengsaraan yang dialaminya selama ini.
            Karmiza melepaskan Saifullizan dan berundur sedikit. Dia menyapu mutiara di pipi dengan lengan bajunya. Karmiza sudah penat menanggung duka. Dia hanya pasrah kini. Wajahnya kelihatan lesu dan tidak bermaya. Sudah lama dia menanggung perasaan kecewa itu. Kalau sudah suaminya tidak mahu menerima dirinya, apa lagi yang perlu dia lakukan?
            “Baiklah. Kalau sudah nekad abang tidak mahu menerima diri saya. Saya redha dan pasrah. Saya juga sudah penat menunggu pada orang yang tak sudi. Saya tak mampu bertahan lagi. Saya benar-benar penat, Saifullizan.” Saifullizan terkedu. Dia memandang wajah Karmiza yang menunduk tidak mahu menentang matanya. Perasaan Karmiza sudah mati untuk Saifullizan.
            Karmiza turun dari katil. Dia menonong seperti orang gila.
            “Miza! Maafkan abang, sayang! Maafkan abang. Janganlah cup cake jadi macam ni. Maafkan abang. Abang tak mampu menipu lagi. Abang, benar-benar bersalah. Abang mohon, ampunkanlah dosa abang, sayang. Abang juga cintakan Miza. Abang benar-benar cintakan Miza. Abang sayangkan Miza...” Ucap Saifullizan yang sudah terduduk menahan isterinya dari terus melangkah pergi. Dia memegang kaki Karmiza dengan sebelah tangannya. Dia menangis di kaki Karmiza.
            “Karmiza abang bersalah sayang. Kalaulah, abang mampu kembali ke masa lalu, abang sanggup terima akibatnya. Abang sanggup. Janganlah, Karmiza begini. Abang rela berganti tempat sewaktu Karmiza hampir-hampir dibunuh dulu. Maafkan abang.” Karmiza berpaling. Dahinya berkerut. Dia tidak memahami kata-kata Saifullizan itu. Apa yang dimaksudkan oleh Saifullizan dengan kenyataan itu? Mindanya kosong!
            Saifullizan berdiri dan menarik Karmiza ke katil. Di duduknya Karmiza yang masih diam seribu bahasa. Saifullizan cuba untuk tersenyum. Dia menyelitkan rambut Karmiza ke belakang telinga. Kemudian, diusapnya lembut pipi mulus itu. Perlahan-lahan, dia merebahkan kepalanya ke riba Karmiza. Karmiza masih tenang di sisinya.
            “Abang mahu berada di sisi, Miza. Abang tak mahu Miza tinggalkan abang, boleh?” Soalnya. Karmiza memandang wajah Saifullizan dengan penuh tanda tanya.
            “Boleh janji pada abang, jangan pernah tinggalkan abang?” Karmiza tidak mengangguk, tidak menggeleng jua. Matanya masih merenung jauh ke dalam anak mata suaminya. Perlahan-lahan, dia mengusap rambut suaminya. Lantas, dia menghadiahkan sebuah kucupan lembut di bibir suaminya bagi menjawab soalan suaminya tadi. Bila bibirnya dijauhkan, mata Saifullizan tetap ditutup ketat. Karmiza mengelus lembut rambut suaminya. Akhirnya Saifullizan terlena di pangkuan Karmiza.

***
            Pagi itu dirasakan begitu damai sekali. Pagi di mana, Karmiza masih setia di sisinya. Dia merenung wajah putih isterinya tika isterinya masih dibuai mimpi. Setelah bersolat subuh bersama tadi, mereka kembali bermalasan di atas katil. Tanpa sedar, mereka tertidur semula.
            Lengan kanannya sudah semakin pulih. Dan dia berterima kasih pada Karmiza yang tidak pernah merungut ketika menjaganya dalam 2 minggu itu. Dia cuba menggerakkan lengan kanannya dan mengusap lembut pipi Karmiza. Wajah Karmiza sedikit berkerut bila tidurnya diganggu. Lantas, dia mendekatkan bibir pada cuping telinga isterinya.
            “Sayang...Sayang cakap nak tidur sekejap aje. Ni dah pukul 11 pagi dah.” Mata Karmiza terbuka luas dan dia bangkit dari pembaringan.
            “Hah? Dah pukul 11? Alamak! Dah lambat dah ni! Miza nak pergi hospital! Aduh! Macam mana ni? Dah lewat dah!” Terkocoh-kocoh Karmiza bangun dari katil dan tercari-cari kain tualanya. Karmiza menggaru kepalanya. Ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Tak tentu arah dibuatnya. Pantas Saifullizan menarik tubuh Karmiza ke dalam dakapannya.
            “Abang! Miza dah lambat dah ni. Miza nak kena siap cepat-cepat. Dah lewat benar ni! Abang, lepaslah.” Rengek Karmiza.
            “Sayang...Rilekslah. Cuba tengok betul-betul kat jam dinding tu. Pukul berapa? Hmmm?” Karmiza melompong saat melihat jarum jam di dinding. Satu cubitan lembut singgah di lengan suaminya. Saifullizan terjerit kecil.
            “Abang ni tipu kita. Sampai hati. Baru pukul 9. Cakap pukul 11. Jahat!” Saifullizan tergelak melihat wajah Karmiza yang sudah mencebik. Muncung bibir itu bila tahu dirinya tertipu. “Abang gurau jelah. Alahai...janganlah muncung macam tu. Nanti ada yang kena kiss pula,” Ugut Saifullizan.
            “Kiss?” Belum sempat Saifullizan bertindak, bibir Karmiza sudah pun mendarat ke bibir suaminya. Merah padam wajah suaminya dengan tindakan pantas itu. Karmiza tersengih menang.
            “Padan muka. Siapa suruh tipu kita? Nak tipu lagi?”
            “Nak!”
            “Eyyy...Gatal! Dah, Miza nak pergi mandi. Nak siap-siap pergi kerja.” Karmiza berjalan menghampiri penyidai kain dan ditariknya kain tuala miliknya. Saifullizan juga melakukan perkara yang sama. Karmiza mengerling sebelah.
            “Abang nak mandi juga ke?”
            “Boleh ke?” Soal Saifullizan sambil tersengih.
“Habis itu, takkan abang nak berebut dengan Miza pagi ni? Mizakan kena pergi kerja? Abang pula masih perlu berehat kat rumah. Abang nak pergi kerja dah ke?”
“Siapa cakap yang abang nak berebut dengan Miza?”
“Habis tu?”
“Kita mandilah sama-sama. Apa susah!”
“Mandi sama-sama?” Saifullizan mengangguk. Bibirnya menguntum senyuman penuh makna. “Nak?”
“Jom!” Sahut Karmiza pula.
Karmiza sudah pun siap dengan baju seragam di tubuhnya. Tudung putih sudah pun dipasang kemas di kepala. Dia berkalih memandang suaminya yang juga sudah siap memakai baju kemeja. Dia mendekati Saifullizan dan membantu suaminya memakai tali leher. Saifullizan membiarkan sahaja Karmiza bermanja dengannya sebegitu. Bila sudah kemas tali leher dipakaikan di lehernya. Dia mengambil baju kot dan dipasangnya ke tubuh.
“Abang jangan pergi ke site dulu, tau? Takut terjadi apa-apa. So, duduk kat pejabat tu saja. Jangan nakal-nakal.” Sempat Karmiza berpesan.
“Okey,cup cake. Abang janji. Cup cake pun jangan nakal-nakal tau. Kalau ada doktor yang nak ngorat cup cake, cakap dengan dia. My heart is only for mister Saifullizan.” Karmiza tersenyum lebar. Kemudian, tangannya terhenti dan dipeluknya erat tubuh suaminya. Lama.
“Kenapa ni? Tak nak lepaskan abang pergi ke?” Karmiza menggeleng. Dia mendongak memandang wajah suaminya. Tangannya masih melingkar di tubuh Saifullizan.
“Saya rasa berat nak lepaskan awak pergi. Kenapa ye?”
“Sebab Miza sayangkan abang?”
Ye..Saya sayangkan abang, sepenuh hati. Abang ingat itu okey?” Saifullizan mengangguk dan mencuit hidung isterinya.
“Jom. Kita pergi sekarang.”
Saifullizan menghantar Karmiza di tempat parkir di kawasan hospital. Karmiza menarik tangan suaminya dan dikucupnya lembut. Dia mencium pipi suaminya dan Saifullizan juga mencium pipi Karmiza.
“Bye. Assalamualaikum.” Ucap Karmiza sebelum turun dari kereta suaminya. Saifullizan masih belum bergerak dan masih mahu menunggu Karmiza sehingga dia masuk ke dalam hospital. Karmiza melambai-lambai padanya di depan pintu masuk hospital. Barulah dia mahu beredar dari situ setelah dipastikan Karmiza selamat.
Karmiza tetap mahu melambai walaupun kereta suaminya sudah meluncur pergi.
“Puan Karmiza?”
“Ya?” Wajah lelaki di depannya tersengih sinis. “Ada pesakit yang tiba-tiba pengsan di taman. Saya rasa Puan Karmiza perlu lihat keadaan pesakit tersebut,” ujar lelaki di depannya itu.
“Kenapa awak tak panggil doktor?”
“Cepat, Puan Karmiza! Saya takut pesakit itu mengalami sawan babi. Berbuih-buih mulutnya semasa saya tengok tadi.”
Iye ke? Mari saya jenguk sekejap.” Karmiza berlari ke taman yang tidak jauh dari pintu hospital itu. Sebelum sampai ke taman, tiba-tiba mulutnya ditutup dengan sapu tangan. Karmiza meronta-ronta. Perlahan-lahan, tenaga Karmiza semakin lemah dan pandangannya mula kabur. Karmiza rebah dan sempat ditangkap oleh lelaki tadi.
“Kalau kau terlepas dari genggaman aku tak lama dahulu, Saifullizan. Sekarang, jangan harap kau dapat lepaskan diri kau dari tangan aku! Kerana isteri kesayangan kau, ada di tangan aku, sekarang. Ha ha ha..” 

Thursday, April 26, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 32


Bab 32

          Aku hanya memerhati sahaja lenggok tubuh lelaki itu. Perbualan di antara dirinya dan juga si pemanggil ditalian menarik perhatianku. Lama aku berada di belakangnya tanpa lelaki itu sedar pun kehadiran aku di situ. Segala apa yang dibualnya itu aku tahu. Aku menunggu di saat dia mengakhiri perbualannya dengan si pemanggil. Sebaik sahaja dia berpaling, aku lihat wajahnya tergamam. Terkejut dengan kehadiranku di belakangnya.
            “Aaa...apa kau buat kat sini?” Soal lelaki itu gugup. Aku melepaskan tangan yang disilang ke dada tadi dan aku memandang tajam pada matanya.
            “Tak usahlah kau nak berdalih lagi, Iz. Aku dah dengar semuanya. Aku tahu segala-galanya. Kau tak perlu nak tipu aku lagi dah,” gusarku. Malas mahu bertekak dengannya mengenai topik perbualannya tadi dengan si pemanggil itu, aku terus berpaling ingin beredar. Aku dapat rasa Iz menarik lenganku dari belakang. Aku kembali berdepan dengannya. Dahiku sudah berkerut berlapis-lapis. Aku rasa nak marah dengan lelaki ini. Aku tak sangka, perangai buruknya tak pernah berubah pun!
            “Aku..aku boleh explaine,”                   
            “Tak payah nak explaine segala Iz! Aku tak sangka macam tu sekali niat hati kau kan? Kau masih tak ubah macam dulu. Masih tetap sama seperti Iz dahulu. Iz yang hanya mempergunakan aku! Kau memang tak guna, Iz!” Aku menepis tangannya dari memegang lenganku. Mataku ditala ke tempat lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya. Tatkala itu, aku terasa kelopak mataku sudah terasa panas. Air mata mula mengaburi pandanganku. Aku cepat-cepat mengerdip mata ingin menghalang air mata dari gugur ke pipi.
            “Aku tak bermaksud untuk mempergunakan kau, Risya. Aku sekadar nak perempuan tu tahu yang aku juga akan bahagia tanpa dia,”
            “Dengan cara, kau sengaja nak panaskan hati dia, dan suruh dia datang sendiri ke kenduri nikah kita esok? Begitu? Iz...aku betul-betul tak faham dengan sikap kau ni. Aku rasa kau terlalu pentingkan diri sendiri. Kau nak tunjuk kat dia yang kau mampu hidup tanpa dia, tapi kau tak mampu ceraikan dia?” Gesaku. Iz terkedu di saat aku meluahkan kata-kataku itu. Aku mengetap gigi.
            “Sudahlah Iz. Kau jangan risau. Aku akan teruskan juga perkahwinan kita ni. Aku sanggup jadi ISTERI kedua kau. Kalau itu yang kau mahu,” Sengaja aku menekankan perkataan isteri itu padanya. Takut kalau-kalau Iz perasan akan air jernih yang sudah mula bertakung di tubir mata, pantas aku berpaling membelakanginya. Di saat aku ingin melangkah, Iz memanggil namaku. Langkahku terhenti.
            “Kenapa...kenapa kau sanggup teruskan perkahwinan ini kalau hati kau sebenarnya tak sanggup, Risya?”
            “Sebab aku tahu, aku tak mungkin akan kembali pada dia. Aku tak mungkin akan hidup bersamanya. Kerana hidup aku dah lama musnah. Aku tak perlu rasa bahagia. Cukuplah hanya ada teman di sisi di kala hari tua kelak, itu sudah memadai,” Lantas aku berlalu pergi dan mengesat air mata yang sudah berjuraian.
            Iz kelu. Matanya menghantar pergi bayang Risya sehingga gadis itu kembali ke dalam bilik di tingkat atas. Hari ini, dia mahu bertemu dengan Risya sekejap ingin memastikan semua hantaran dan barang-barang sudah berada di rumah Cik Deng. Namun, lain pula jadinya. Dia mengeluh lemah.
            ‘Adakah apa yang aku lakukan ini betul?’ Detik hatinya. Puas dia cuba menepis segala perasaan ragu-ragu dalam diri, tetapi tidak mampu. Hatinya mula gusar. Pening memikirkan kerenah Risya yang seperti orang yang sudah berputus asa dalam hidup. Risya seperti pasrah sahaja. Dari kata-katanya tadi, dia tahu, hati Risya sememangnya sudah mati. Tetapi, kenapa? Kalau disebabkan oleh Nick dia jadi sebegini, kenapa tidak gadis itu tinggalkan saja dirinya dan kembali ke pangkuan Nick?
Bukan dia tidak memikirkan segala perkara itu. Dia benar-benar sudah mula sayang dengan Risya. Sedikit sebanyak dia berasa menyesal kerana menekan Risya untuk menerima dirinya. Bila sudah dirinya diterima, dia tidak pula merasai kebahagiaan yang diidam-idamkannya selama ini. Yang dia lihat ialah garis kekecewaan di wajah Risya. Adakah itu adil bagi Risya? Kalau dia ingin memiliki 2 orang isteri dalam masa yang sama, bukankah keadilan itu perlu dititik beratkan terlebih dahulu? Bunyi keluhan lemah jelas kedengaran keluar dari mulutnya. Iz mahu pulang ke rumahnya semula. Dia berlalu tanpa mahu memujuk Risya. Biarlah gadis untuk melayan perasaan sendiri. Dia mahu Risya menenangkan diri sebelum gadis itu menjadi miliknya esok.

Masing-masing memandang antara satu sama lain. Kemudian, pandangan mereka ditalakan pada wajah lelaki berdarah kacukan yang sedang duduk termenung di pangkin dari tadi. Tiada langsung lelaki itu perasan akan dirinya diperhatikan oleh 4 orang lelaki tua tidak jauh dari situ. Kepala mereka digeleng-geleng. Ada yang mendecit dan ada yang mengeluh lemah. Mereka melangkah meninggalkan taman bunga dan masuk ke dalam ruang rehat di rumah kebajikan tersebut.
            “Apa mau jadi, hah? Nick macam orang putus asa. Dengar-dengar si Risya sudah mau kahwin sama orang lain.” Ujar Pak Muthu.
            “Memanglah macam orang putus asa. Putus cinta. Siapa tak kecewa? Eh, si Risya tu nak kahwin dengan siapa, ye?” Seloroh Pak Mail pula.
            “Alah..budak yang nama dia, Iz tu..Alah..yang selalu datang ke rumah kebajikan ni juga masa dulu-dulu tu...Ingat tak?” Jawab Pak Li. Pak Ong mengetip jari.
            “Oh...Budak itu ka? Yang pendek-pendek sikit itu, ma? Muka dia ada macam itu artis aa...macam itu pelakon Taiwan feymes punya! Itu...” Pak Ong terdiam sejenak. Cuba untuk mengingat kembali nama pelakon Taiwan yang memang popular di Taiwan sekarang. Dia mengetip jari sebaik teringat akan nama pelakon tersebut.
            “Ming Dao! Haa...Muka dia ada biras-biras itu pelakon Taiwan. Manyak comel hoo..Manyak ho liao ooo,” Seloroh Pak Ong sambil ibu jarinya diangkat tegak. Pak Li menepuk dahinya.
            “Bukan biraslah, Ong. Iraslah. Haiyyaa...Manyak salah hoo.. lu punya BM,” Tegur Pak Li pula. Mereka yang lain tertawa kecil bila melihat muka Pak Ong yang sudah cemberut ditegur rakannya itu.
            “Berbalik pada Nick. Kenapa Risya tak kahwin dengan Nick ye? Aku rasa macam something wrong somewhere lerr...” Ucap Pak Mail pada rakannya.
            “Wah..Mail, you banyak pandai itu Englis...”
            “English,” Pintas Pak Mail menegur Pak Muthu.
            “Haaa...Jadi, kalau sudah itu somewhere wrong something, kita mau buat apa dengan itu?” Sekali lagi Pak Li menepuk dahinya bila mendengar bahasa inggeris yang keluar dari mulut Pak Ong.
            “Something wrong somewherelah, Ong. Macam ginilah...Kita cuba tanya kat perempuan kat sana tu. Tengok macam dia rapat aje dengan Nick. Mana tahu kalau-kalau kita boleh tanya dia pasal masalah dia orang berdua tu,” Ujar Pak Li. Semua setuju mahu bertanya akan kisah di sebalik kekecewaan yang melanda perasaan Nick sekarang.

Hasnah mendekati Nick yang masih termenung dari tadi. Hasnah mengeluh lemah. Dia ke sini bukan dengan rela hati tetapi terpaksa gara-gara Haris yang sering kali memujuknya untuk berdepan dengan lelaki itu. Setelah kejadian dia melemparkan gambar Nick tidak berbaju bersama seorang perempuan yang dikirim oleh orang yang tidak dikenalinya pada muka lelaki itu di pejabat, dia langsung tidak mahu menegur lelaki itu. Sudahnya, mereka langsung tidak bertegur dan Nick pula hilang entah ke mana. Dia terkejut dengan kehadiran abang Nick, Emir ke pejabat mahu menggantikan tempatnya. Pada asalnya, dia sendiri tidak tahu bahawa yang hadir di pejabat itu ialah abang kembar Nick. Namun, setelah dipastikan oleh Haris yang berada di pejabat selama ini ialah Emir, barulah dia berasa bersalah.
            Hasnah berdeham. Nick terkejut dan pantas berpaling bila renungannya tadi diganggu oleh seseorang. Bila matanya memandang wajah selamba Hasnah di belakang, dia menguntum senyuman kecil.
            “Dengar kata Haris, you selalu berada di sini semenjak 2 menjak ni. Kenapa tak pergi office?” Soal Hasnah. Dia memeluk tubuh dan matanya tak lepas dari merenung wajah sungul Nick. Nick tersengih sinis. “Sudah tiba masanya abang I ambil balik jawatan yang I sandangkan tu. Lagipun, dia yang lebih berhak daripada I. Dia anak lelaki sulung. I kan adik kembar dia. I tak suka berebut dengan keluarga sendiri,”
            “Dan dalam erti kata lain, you tak nak berebut dengan Iz juga ke? Iz tukan ahli keluarga you jugak!” Sindir Hasnah. Dia beralih untuk duduk di depan Nick di pangkin itu.
            “Nick, I nak mintak maaf kat you sebab dah salah faham dengan you. I tak sangka pula bekas kekasih you tu sanggup buat apa saja untuk dapatkan you. Sampai sanggup menyakiti hati Risya dengan menghantar gambar palsu tu,”
            “Biarlah. Benda dah lepas pun. You dah tau yang I ni tak bersalah kan? Itu dah cukuplah tu,”
            “Habis? Macam mana dengan Risya? You nak biarkan Risya fikirkan yang bukan-bukan pasal you? You nak dia tengok you dengan pandangan jijik kat you? Begitu?” Nick terpempan. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Hatinya bagai sudah tawar dengan semua itu. Lebih-lebih lagi bila Risya sudah mengambil keputusan untuk menerima Iz dan tidak mahu mempercayai dirinya. Dia benar-benar kecewa. Hatinya mula berasa hiba. Mahu menangis bila ingatannya memikirkan wajah Risya yang akan mengahwini Iz pada hari esok. Mujurlah dia dapat mengurangkan rasa sedih itu dengan menyibukkan diri semasa hari perkahwinan abangnya esok hari iaitu sama waktunya ketika Risya bakal menjadi isteri Iz.
            “Sorry, Nick. I bukan apa, I sendiri rasa bersalah bila tahu yang you ni tak bersalah sebenarnya. Jadi, kenapa tak halang Risya dari teruskan perkahwinan dia tu? You tau tak dia terima lamaran Iz tu sebab semua benda ni? Dia pun kecewa, dan you pun kecewa. Jadi, kenapa biarkan 2 orang yang saling bercinta, saling kecewa?” Marah Hasnah. Hasnah mendengus lantas memalingkan mukanya ke arah lain. Dia begitu geram dengan 2 orang insan ini. Sudah hati sama-sama suka, kenapa perlu biarkan kedua-duanya kecewa pula? Pening kepalanya memikirkan ego mereka berdua ini. Langsung tidak mahu merendahkan ego demi menggapai kebahagian sendiri. Memang memerlukan orang tengah kalau nak selamatkan hubungan mereka berdua ni, detik hati Hasnah.
            “Sudahlah, Hasnah. You tak faham perasaan I! Kalau hanya I sahaja yang berusaha dan Risya tak, apa gunanya? I benar-benar cintakan dia. Tapi, ada dia ungkapkan perasaan cinta itu kat I? Ada dia berada di sisi I masa I tengah down sebab orang fitnah I yang bukan-bukan? Ada!?” Hasnah kelu bila mendengar Nick meninggikan suaranya. Naik turun dadanya bila amarah yang disimpannya meletus jua. Kemudian dia meraup wajahnya.
            “I’m sorry, Hasnah. I..I tak sengaja nak tinggikan suara I kat you. I betul-betul stress out. I tak tahu nak buat apa lagi. I betul-betul dah buntu. I..I..”
            “Tak apalah Nick. I faham perasaan you. Memang sukar bagi you nak terima semua ni. Lagipun, semua ini berlaku dengan pantas sekali. I nak minta maaf sekali lagi. I nak biarkan you bersendirian. Hati you tengah kacau sekarang ni. Jadi I tak nak ganggu you. You...tenangkan diri dulu, okey?” Ujar Hasnah dengan rasa bersalah. Hasnah melangkah meninggalkan Nick keseorangan. Dia mengatur langkah ingin meninggalkan rumah kebajikan tersebut.
            Tiba-tiba, lengannya ditarik dari tepi dan Hasnah berasa sedikit terkejut di saat lengannya ditarik sebegitu. Mahu sahaja dia menjerit meminta tolong takut kalau-kalau ada yang mahu mengacaunya. Tetapi belum sempat dia mahu berbuat demikian, matanya sudah menangkap kelibat 4 orang lelaki tua di depannya. Salah seorang dari lelaki tua itu melepaskan lengannya. Hasnah merenung setiap wajah lelaki tua di depannya itu.
            “Erk...Pak cik-pak cik rupanya. Saya ingatkan siapalah yang nak culik saya tadi. Emmm...Ada apa pak cik tarik saya ke sini?” Soal Hasnah sebaik membuka mulutnya bila tiada seorang pun daripada mereka ingin bersuara.
            “Kamu rapat dengan Nick ke?” Soal Pak Mail.
            “Saya ni setiausaha dia,” Jawab Hasnah sepatah.
            “Kamu tahu kisah dia dengan Risya?” Soal Pak Li pula. Hasnah berpaling memandang wajah Pak Li. Dahinya berkerut. “Pak cik kenal Risya ke?” Soal Hasnah hairan.
            “Pak cik tahu ke kisah dia orang berdua ni?” Soal Hasnah lagi. Tak sangka pula kisah Nick dan Risya begitu hangat sekali tersebar di rumah kebajikan ini, detik hatinya.
            “Nak, boleh kami tahu cerita sebenar yang berlaku antara mereka berdua? Pak cik runsing bila tengok Nick tak henti-henti termenung. Pak cik risau dan kesian tengok dia. Bukan apa, Nick dah macam anak kami sendiri. Walaupun dia tu cucu kepada tuan rumah kebajikan ni, tapi, dia sentiasa melayan kami dengan baik sekali. Begitu juga dengan Risya. Risya pun selalu mai ke sini. Bila dengar pasal berita Risya nak kahwin esok, kami jadi hairan. Padahal dulu mereka ni bahagia saja. Jadi, pak cik-pak cik ni nak tahulah kisah sebenarnya. Mana tahu pak cik boleh tolong ke. Betul tak?” Pak Mail beralih memandang wajah rakannya. Mereka mengangguk. Hasnah terdiam sejenak.
            “Pak cik semua ni betul-betul nak tahu kisah sebenar macam mana boleh si Risya tu nak kahwin dengan orang lain dan bukan dengan Nick?” Pantas kepala mereka berempat mengangguk laju. Hasnah menarik nafas panjang dan menghembusnya lambat. Lau dia membuka mulut ingin bercerita kejadian sebenar yang berlaku di dalam hubungan Nick dan Risya.
            Setelah selesai merungkaikan cerita sebenarnya, masing-masing terdiam. Ada juga yang menggaru kepala.
            “Apa susah ini dua olang ha? Sudah suka sama suka mau juga kahwin sama olang lain. Haiyyaa...Ini manyak susahla...” Seloroh Pak Ong. Dia menggeleng-geleng kepala dari tadi. Pak Muthu memandang gelengan kepala Pak Ong dan memegang kepala lelaki tua cina itu ingin menghentikan gerakan yang memeningkan kepalanya pula.
            “Semua ni cuma satu salah faham sahaja. Tengok dari sikap Risya pun, pak cik tahu dia ni jenis yang degil. Ego dia pun tinggi juga.” Simpul Pak Mail.
            “Kalau macam tu, kita tak boleh buat apa-apa lagilah. Dia orang yang mahu macam itu, jadi kasi pengajaranlah sama dia orang,” Desis Pak Muthu pula. Di hujung ayatnya ada keluhan yang terkeluar dari mulutnya.
            “Tak! Kita tak boleh biarkan semua ini terjadi. Kita perlu rancangkan sesuatu untuk selamatkan dua orang ni,” Semua mata berkalih pada wajah Pak Li termasuk Hasnah. Hasnah tersenyum kecil. Ada-ada saja orang-orang tua ni, detik hatinya. Tetapi, dia seperti tertarik dengan kata-kata dari salah seorang dari mereka itu. Akalnya teringat akan sesuatu.
            “Kejap! Yang dimaksudkan Risya pasal dia terkunci dalam bilik stor masa dulu tu, kerja pak cik berempat nilah?” Mata Hasnah membuntang tidak percaya. Lalu pantas mindanya terfikir akan sesuatu.
            ‘Kalau mereka betul-betul pernah merancang untuk kuncikan Risya dan Nick dalam stor bersama tak lama dahulu, dan rancangan itu betul-betul membantu dalam mengeratkan lagi hubungan Risya dan Nick...jadi tak hairanlah kalau rancangan mereka berempat nak hancurkan perkahwinan Risya dan Iz betul-betul menjadi...demi satukan Nick dan Risya kembali. Hmmm...Bijak juga mereka berempat ni.’ Sempat lagi mindanya memikirkan kemungkinan itu.
            “Kita kena buat sesuatu!” Kata Pak Li dengan semangat yang membara. “Ya! Aku nak ikut sama,” Ujar Pak Mail jua.
            “Saya juga mau,”
            “Kita juga mau mereka dua olang bersama juga,” Sokong Pak Ong.
            “Erkk...Saya akan sentiasa back-up pak cik-pak cik sekalian. Cuma...boleh ke kalau pak cik semua keluar ke majlis Risya esok hari? Bukan ke esok Datuk Sri Haji ada majlisnya sendiri? Pak cik boleh ke keluar tanpa kebenaran Datuk Sri Haji?” Soal Hasnah merujuk kepada Tok Idham selaku pemilik rumah kebajikan tersebut. Lantas, semua mata terarah ke wajah Hasnah.
            ‘Ooppss...salah soallah pulak. Ni mesti akulah yang jadi mangsanya nanti,’

Farina menutup pintu biliknya dan tergamam di depan pintu. Matanya terbuntang saat dia terdengar bisikan doa yang meniti di bibir sepupunya itu. Di malam sebelum majlis pernikahan kakak saudaranya itu, tangisan di mata sering menemaninya. Dia naik risau melihat keadaan Risya. Risya sering kali termenung dan berduka sendiri. Bukan dia tidak tahu kakak saudaranya itu tengah kecewa merana bila menunggu saat perkahwinan yang bakal berlangsung esok, cuma dia hairan kenapa sampai begitu sekali kakaknya itu masih mahu meneruskan perkahwinan bersama Iz kalau sudah hati tak suka. Sekarang barulah dia faham kenapa. Dia menekup mulut menahan hiba.
            ‘Aku kena cari kak Hasnah. Aku nak tahu perkara sebenarnya,’ Detik hatinya. Lantas dia turun ke bawah dan masuk ke dalam bilik kosong di tingkat bawah. Dikuncinya bilik tersebut, tidak mahu sesiapapun yang dengar perbualan antara dia dan Hasnah nanti. Dia perlu memastikan sesuatu perkara yang mengganggu fikirannya. Bunyi riuh di luar bilik tidak dihiraunya. Pantas sahaja tangannya menekan-nekan butang telefon bimbit mencari nama Hasnah di dalam phone book. Bila tertera nama kak Hasnah di skrin telefon bimbitnya, dia terus menekan butang hijau dan ditekapnya ke telinga.
            “Nomobr yang anda dail tidak dapat dihubungi...” Farina mendengus geram. Tak dapat dihubungi pula! Getus hati Farina. Dia cuba untuk mendail nombor tersebut sekali lagi, tetap tidak dapat dihubungi. Farina berputus asa dan berfikir-fikir mahu menghubungi sesiapa yang mengenali Hasnah.
            ‘Tetapi siapa? Bukannya aku kenal dengan kawan sepejabat kak Risya ni. Yang aku kenal cuma abang Nick. Habis..macam mana aku nak tahu betul ke tak apa yang diungkapkan kak Risya tadi? Aduh...Kalau macam tu, satu saja cara...Abang Nick!’
            Pantas dia mencari nama Nick di dalam phone book telefon bimbitnya dan menekan butang hijau sekali lagi. Namun, hampa.
            ‘Haish! Apesal semua orang tak boleh dihubungi ni!?’ Bentak hatinya. Sekarang, dia buntu. Tidak tahu dengan siapa perlu dia bertanya. Dia berasa resah.
            “Tak mungkin abang Nick yang kahwin esok kot? Kalau sebab tulah kak Risya setuju terima lamaran abang Iz...aku takkan teragak-agak untuk serbu abang Nick untuk meraih jawapan yang pasti. Kenapa pula dia nak kahwin di hari yang sama bila kak Risya nak kahwin juga? Aii..Ni yang buat otak aku serabut ni! Haih! Kak Risya..Janganlah kak Risya salah buat keputusan. Janganlah kak Risya bertindak melulu sebelum siasat segalanya,’ Gusar hati Farina. Dia meraup wajahnya, masih berfikir cara untuk menyelesaikan persoalan yang bermain di minda.
            “Farina? Kenapa dalam Farina dalam bilik tu?” Soal satu suara bersama ketukan pintu. Cepat-cepat Farina membuka kunci daun pintu dan tersembul wajah mak Longnya yang digelarnya Wawi.
            “Eh, Wawi..Wawi nak solat ke?” Soal Farina bagi menutup perasaan malunya.
            “Ha’ahlah. Orang dah guna bilik awak tu, jadi semak pula bilik tu dibuatnya. Wawi nak solat kat sini, senang sikit.”
            “Oh, okey. Solatlah.”
            “Kamu buat apa kat dalam bilik ni?” Mata mak Longnya menangkap objek di tangannya. Farina menayangkan telefon bimbit pada Wawi. “Tengah calling. Biasalah. Bising sangat kat luar tu. Farina nak privacy,”Ucapnya sambil tersengih.
            “Oh...Call gerek ek?” Duga Wawi. Merah padam wajah Farina bila Wawi mengenanya. Gerek atau dalam erti kata lain, kekasih hati, pasti merujuk pada tak lain tak bukan, Azamnya. Farina menampar lembut lengan Wawi dengan perasaan malu. Wawi tergelak kecil.
            “Malulah...Wawi ni sajakan nak buat kita ni blushing. Haish..Tak boleh ni. Kena keluar dari bilik ni cepat-cepat. Tak nak Wawi pandang kita macam tu. Malu!” Pantas dia keluar dari bilik tersebut dan kembali ke tingkat atas. Dengan perlahan dia menolak daun pintu biliknya dan dia dilihatnya Risya yang sudah lena dibuai mimpi. Matanya menyeroti setiap genap bilik tersebut. Penuh dengan barang-barang hantaran kakak saudaranya itu. Dia mengeluh. Hatinya turut berasa hiba bila mengenang nasib kakak saudara kesayangannya itu. Dia mendekati Risya yang sudah terbaring di katilnya dan menghenyakkan punggung di sebelah Risya.
            ‘Harap-harap adalah kejaiban yang berlaku esok hari. Farina mendoakan supaya akak akan berhenti menangis pada hari esok. Cukuplah akak terseksa selama ini. Farina doakan kakak bahagia bersama orang yang akak sayang nanti.’

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku akan menukar statusku dan segala tanggungjawab ayah akan berpindah hak pada bakal suamiku nanti. Awal pagi tadi aku sudah pun bangun dan mahu bersiap-siap. Semua ahli keluargaku juga sudah mula sibuk melakukan tugas masing-masing. Aku teringat kembali ketika majlis perkahwinan Irah dan Afiqa tidak lama dulu. Sama keadaannya dengan yang aku alami sekarang. Cuma yang berbezanya ialah pengantinnya. Akulah yang akan duduk di atas pelamin yang disusun indah. Dan pasanganku akan menemaniku di sebelah. Sudah sekian lama aku mengimpikan sebuah majlis yang sederhana dan meriah sebegini ditemani orang-orang yang aku sayang. Sayang? Betulkah aku ditemani oleh orang-orang yang aku sayang? Iz tu termasuk dalam golongan orang yang aku sayang ke?
            “Risya, dongak sikit. Kang tak pasal-pasal cacat pulak make-up kau hari ini,” Tegur adik sepupuku, Nina. Aku sendiri yang meminta Nina untuk menghias ku semasa hari perkahwinanku sementelah dia memang sudah lama mengambil bidang dandanan. Jadi, aku upahkan saja dia sebagai mak andamku.
            “Sorry,” Ucapku sepatah. Nina berhenti melukis alis mataku. Matanya tepat memandang mataku.
            “Kenapa Nina rasa kak Risya tak gembira pun dengan majlis yang bakal berlangsung ni?” Aku kelu saat mendengar soalan yang dikemukan oleh Nina itu. Lama aku terdiam, tidak tahu mahu menjawab apa.“Muka akak tak nampak serinya pun. Kalau selalu Nina dandan pengantin, muka dia orang berseri-seri teruja sebab nak jadi isteri orang. Tapi, kalau kak Risya tak pula. Wajah kak Risya ni macam mendung saja. Kak Risya, are you okay?” Soal Nina lagi. Bibirku sudah bergetar menahan rasa hiba yang bertandang di hati. Aku tak dapat menipu diri lagi. Aku benar-benar sedih dan kecewa.
Bila teringat balik akan kad jemputan yang diberi oleh Nick sebelum ini, hatiku benar-benar terluka. Sampai hati Nick serahkan kad jemputan tu pada ku. Di saat aku memerlukan dirinya, dia menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepadaku. Kalau saja dia menghalang perkahwinan aku dan Iz ni semasa aku masih bergelar tunang Iz, dah lama aku putuskan pertunangan tersebut. Tetapi, lain yang diharap, lain pula yang terjadi. Begitu sakit hatiku di saat melihat sekilas namanya yang tertera di kad kahwin tersebut. Dan kad tersebut sudah pun aku koyak sehingga menjadi cebisan sama seperti retaknya hatiku yang hancur di kala ini. Kerana itu juga aku mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan aku dan Iz. Aku malas mahu memandang ke belakang lagi. Sekarang hidupku hanya untuk Iz dan keluarganya. Akanku padam nama Nick dari hatiku dan aku akan buang jauh-jauh bayang wajahnya.
Ada mutiara yang mahu gugur di hujung tubir mataku. Aku cepat-cepat menyekanya. Aku menggeleng. “I’m okay, Nina. Cepatlah make-up akak. Takut tak sempat pula. Tengok-tengok abang Iz dah datang. Haa..Apa nak jadi nanti? Karang tak pasal-pasal, pengantin lari sebab his bride to be tak lawa,”
“Kalau macam tu, tak payahlah kahwin!” Selamba sahaja Nina menjawab. Aku terkedu. Mindaku terus membayangkan wajah yang singgah di dalam mimpiku malam tadi. Entah kenapa hatiku kuat menyatakan segala keputusan yang aku ambil ini adalah satu kesilapan. Apa yang makin membuat hatiku menjadi bingung apabila wajah sayu Nick muncul dalam mimpi itu. Hatiku rasa berbelah bahagi. Aku menggigit bibir. Kalau boleh, aku rasa nak meraung saja di saat ini. Nina meneruskan kerjanya dengan menutup kembali bedak yang sudah cair dek air mata yang mengalir tanpa sempat aku seka tadi.
“Kak Risya, kadang-kadang dalam hidup ni kita kena juga dengar apa kata hati kita. Tetapi, janganlah terlalu berpegang pada kata hati tersebut kerana apa kata orang...Kalau ikut kata hati, mati. Jadi, kenalah ikut kata dari kedua-duanya iaitu kata hati dan juga akal. Akal membimbing kata hati dan membantu kita berfikir baik buruk sesuatu tindakan tersebut. Jadi, akak kenalah baut keputusan dengan bantuan kedua-duanya,” Pesan Nina yang nampak lebih matang berbanding diriku. Aku berfikir sejenak cuba mencerakinkan segala kata-katanya itu. Baru kini aku dapat mendengar kedua-dua akal dan hatiku bersetuju dengan kata-kata Nina itu. Lalu, apakah tindakan aku ini betul atau tidak?

Mahu luruh jantungnya di saat mendengar berita yang baru saja disampaikan oleh Farina tadi. Kalau itu sebab mengapa Risya meneruskan perkahwinan dia dan Iz, ternyata tindakan itu silap! Risya tak patut bertindak melulu. Argghh!! Semua ini satu salah faham! Salah faham ini cuma kecil, tetapi akan menjadi besar sekiranya kita bertindak secara melulu tanpa usul periksa.
            “How come kak Risya kau tu fikir yang Nick nak kahwin hari ini? Nonsense!!” Jerit Hasnah kecil di talian. Dipasangnya handsfree kerana sekarang dia dalam perjalanan ingin mengambil Pak Mail, Pak Li, Pak Ong dan juga Pak Muthu untuk membantu menyelamatkan hubungan Nick dan Risya.
            “Entah. Itu yang kita dengar masa dia tengah merintih tengah menangis dalam dia berdoa malam tadi. Kak Risya is really in a big trouble! Kalau semua ni tak dihalang, Farina rasa hancurlah hidup kak Risya nanti bila bersama dengan orang yang dia tak sayang. Bukanlah kita nak cakap lepas kahwin cinta itu tak dapat dipupuk tapi...”
            “Farina! I think I know why! Akak rasa akak tahu kenapa kak Risya awak boleh salah faham pasal orang yang sepatutnya nak kahwin hari ni. Farina tahu tak nama abang kepada Nick tu nak dekat sama dengan nama Nick?” Ujar Hasnah menghentikan bebelan Farina tadi. Farina terkebil-kebil mendengar kata-kata Hasnah.
            “Sama? Apa yang sama nya?” Soalnya tidak faham akan kata-kata Hasnah tadi.
            “Cuba dengar ni. Nik Emil Bin Nik Baharuddin dengan Nik Emir Bin Nik Baharuddin,”
            “Sorry, what, kak Hasnah? Come again?” Farina masih belum menangkap perbezaan kedua-dua nama tersebut.
            “See! Kan betul akak cakap. Kalau awak tulis kat kertas, Nik Emil dengan Nik Emir...Besanya cuma huruf ‘L’ dengan ‘R’ aje. Kalau bunyi pun macam nak sama, apatah lagi tulisan yang ditaip di dalam kad jemputan tu. Heish! Inilah susahnya kalau buat nama anak. Nak nak juga buat nama dia orang nak dekat sama. Kan boleh buat orang...”
            “Kak! Okey, kita faham. Sekarang, apa kita nak buat? Tak lama lagi kak Risya nak jadi laki orang. Nak jadi suami abang Iz! Saya tak nak dia jadi bini lelaki tu!” Pinta Farina.
            “Okey! Don’t worry. Akak dah ada plan,”
            “Plan?”

Aku duduk termenung di hujung katil. Menunggu ketibaan pihak lelaki untuk ke sini. Suadara mara sudah berkumpul di bawah, juga tidak sabar menunggu ketibaan pengantin lelaki. Aku tersenyum di saat melihat wajah ibu yang baru muncul di bilik Farina ini. Wajah ibu nampak sayu sekali. Hatiku mula diserbu perasaan hiba. Mahu menangis bila tengok wajah ibu sebegitu.
            Ibu duduk di sebelahku dan menarikku dalam dakapannya. Terdengar bunyi esakan. Ibu menangis.
            “Ibu..janganlah nangis. Nanti Risya pun nak nangis juga lah macam ni. Habislah make-up kita kalau kita menangis nanti. Nanti anak ibu ni tak cantik pula masa dia nak kahwin nanti. Ibukan nak tangkap gambar kita. Nanti ibu jugak yang merungut sebab muka Risya ni tak cantik macam akak sepupu kita yang dah kahwin dulu.” Pujukku ingin ibu berhenti menangis. Aku lemah kalau dengar ibu menangis. Pendek kata, aku lemah kalau tengok ada orang menangis di sebelah aku. Aku tak boleh tahan, mesti nak nangis juga. Ibu merenggangkan pelukan dan memandang wajahku. Aku menahan air mata daripada mengalir. Takut rosak pula make-up. Tak nak menyusahkan Nina pula.
            “Bukan sebab itu ibu menangis. Tapi sebab ibu takut..Takut kalau keputusan Risya ni silap. Nak, betul ke kamu nak jadi isteri kedua kepada Iz tu? Ibu tak nak awak menyesal nanti. Ibu nak kamu bahagia bukan derita. Tak perlulah kamu berselindung lagi. Ibu tahu hati kamu bukan untuk Iz. Tapi untuk Nick,” Aku terpempan. Kata-kata itu sama seperti kata-kata yang diungkap oleh mama Iz. Kenapa aku rasakan begitu ramai yang tidak bersetuju dengan pernikahan ini? Aku semakin dipagut resah. Apa benar tindakan yang aku lakukan ini?
            “Ibu..Apa ibu cakap ni? Kalau dengar dek Iz nanti, apa kata dia nanti? Mesti dia kecewa kalau dengar ibu cakap macam tu,”
            “Ibu tak kisah pasal dia, Risya. Yang ibu kisah ialah anak ibu. Anak ibu dah nak kahwin. Nak jadi isteri orang... jadi isteri kedua pulak tu! Ibu tahu kamu merana,nak. Kamu tak perlu tipu ibu. Kalau kamu nak hentikan perkahwinan ini, ibu rela. Ibu sanggup terima tohmahan orang daripada melihat anak ibu derita. Ibu tak nak hidup anak ibu terseksa kerana memilih orang yang salah,” Tak dapat menahan, mutiara jernih itu jatuh jua dari tubir mataku. Mendengar kata-kata ibu itu, membuat aku berasa terharu. Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu sehingga sanggup menerima tohmahan orang semata-mata memikirkan kebahagianku. Aku benar-benar dalam dilema sekarang. Sama ada aku mahu meneruskan perkahwinan ini atau mahu membiarkan keluargaku malu kerana cuba membatalkan perkahwinan yang bakal tiba tak kurang dari beberapa minit lagi.
            “Ibu...jangan ibu. Biarlah Risya tanggung semua ini. Biarlah Risya teruskan saja perkahwinan ini. Kalau ibu nak Risya berhentikan perkahwinan ini, ibu dan ayah akan menanggung malu. Risya tak mahu semua itu berlaku. Dah banyak pengorbanan ibu sepanjang menjaga Risya dari kecil sehingga Risya dewasa. Jadi, biarlah Risya pula yang berkorban demi keluarga kita, ibu...” Rintihku seiring dengan esakan. Berjuraian air mata mengalir di pipi ibu, benar-benar meruntun hatiku.Ibu kembali memelukku erat bagai tidak mahu melepaskan diriku.
            Cik Deng yang baru saja masuk ke dalam bilik Farina terpaku melihat ibu dan aku menangis teresak-esak di dalam dakapan masing-masing. Aku toleh melihat wajah cik Deng yang turut hiba. Dia menekup mulutnya menahan rasa sedih.
            “Sudahlah tu, kak. Pengantin lelaki dah sampai kat bawah tu. Bawaklah Risya ke bawah.” Saran cik Deng ingin menghentikan kami berdua dari terus hanyut dengan perasaan masing-masing. Aku akur. Mungkin inilah takdirku. Mungkin inilah suratan yang sudah tertulis untukku. Aku pasrah!
            “Jom, ibu kita ke bawah. Ramai yang tengah menunggu ni. Ibu jangan pula nangis depan mereka. Kang apa pula tetamu kata. Nampak macam ibu ni kena paksa serahkan anak dara pula.” Aku menyeka air mata ibu di pipi. “Puan Noor ni, dah tak lawa dah. Habis make-up cair sebab nangis. Dah! Jangan nangis ya?”Pujukku lagi. Ibu mengangguk dan bibirnya mula menguntum senyuman. Sempat lagi Nina membetulkan make-upku kembali.
            “Marilah kita ke bawah. Jangan biarkan tetamu menunggu,” Ibu memegang lenganku dan memimpin diriku menuruni tangga. Dengan perlahan, aku mendongak memandang wajah-wajah tetamu yang setia memandangku dari tadi. Siapa mereka tidak pula aku tahu. Mungkin tetamu itu di sebelah pihak Iz kali. Mataku menangkap kelibat Irah dan Afiq. Begitu juga dengan Hana dan Saffuan. Tak ketinggalan juga Nurul yang duduk bersimpuh bersama dengan pihak perempuan. Dia keseorangan, ditemani sahabatku yang sama sekolah denganku dulu. Aku mengukir senyuman semanis boleh ingin membutakan mata mereka. Tetapi, senyuman itu aku rasakan begitu kelat sekali saat mataku memandang wajah Iz yang sudah siap berpakaian pengantin putih susu. Baju pengantin yang dipakainya itu sama warnanya dengan baju pengantin yang dipakainya ketika perkahwinan pertamanya dulu. Sewaktu itu, aku hanya dijemput sebagai tetamu sahaja. Sekarang, lain pula. Akulah bakal jadi pengantin perempuannya. Akulah yang akan duduk di sebelahnya nanti di atas pelamin yang tersergam indah. Langkah kakiku terasa memberat. Aku berhenti melangkah.
            “Kenapa, Risya?” Soal ibu di sebelah. Aku menoleh ke sebelah. “ Ibu...tak kira Risya dalam susah atau senang nanti, ibu akan sentiasa di samping Risya, kan?”
            “Ya, nak. Ibu akan sentiasa bersama kamu. Malah, ibu sentiasa di samping kamu sejak dulu lagi. Ibu sayang kamu, Risya.” Aku kembali tersenyum. Aku mahu kuat di sisi ibu. Aku memandang ke depan. Ayah sudah pun duduk bersimpuh di sebelah Iz.
            Aku mahu kuat di sisi ibu dan ayah, detik hatiku. Ya! Aku mahu meneruskan pernikahan ini demi mereka. Demi orang yang aku sayang.
            ‘Tetapi bagaimana dengan Nick, Risya? Bukankah dia juga merupakan orang yang kau sayang?’ Entah dari mana datangnya suara itu menerpa diriku.
            ‘Sanggup ke kau kahwin dengan Iz semata-mata kerana Nick yang juga akan kahwin hari ini, waktu ini, pada masa yang sama pula?’ Aku menelan liur.
            Ibu membantu aku duduk di atas bantal yang tersedia di atas pelamin kecil. Aku tunduk merenung jari-jemariku yang sudah berinai. Merah warnanya. Aku teringat akan janji diriku sejak dulu. Aku berjanji tidak akan memakai inai selagi aku belum berkahwin dan sekarang lihatlah. Tanganku sudah dihiasi inai merah. Sekali lagi, perasaan sedih itu menjalar di hati.
            “Risya...Tok kadi tengah tanya tu,” Tegur ayahku. Aku mendongak. Tergagap mahu meluahkan kata-kata. “I..iya, ayah? Apa dia?”
            “Tok kadi minta kebenaran dari kamu. Adakah kamu terima untuk menikahi Iz ni? Adakah Risya setuju mahu bernikah dengan Iz?” Soal ayahku. Bibirku bergetar. Aku gugup. Mahu berkata ya, tetapi, berasa begitu berat mulutku ingin berkata sedemikian. Peluh mula mengalir di dahi. Ibu perasan akan kehadiran peluh yang mula merenik di dahi dan dilapnya dengan tisu. Aku memandang wajah ibu di sebelah. Ibu mengenggam tanganku.
            “Kak Risya, kadang-kadang dalam hidup ni kita kena juga dengar apa kata hati kita. Tetapi, janganlah terlalu berpegang pada kata hati tersebut kerana apa kata orang...Kalau ikut kata hati, mati. Jadi, kenalah ikut kata dari kedua-duanya iaitu kata hati dan juga akal. Akal membimbing kata hati dan membantu kita berfikir baik buruk sesuatu tindakan tersebut.” Kata-kata Nina kembali bermain di mindaku. Terus saja mataku memandang wajah Nina.
            “Saudari, Risya...Awak sudi atau tidak untuk bernikah dengan lelaki ini?” Soal lelaki tua yang mempunyai janggut sejemput yang duduk berdepan dengan Iz. Aku mengalih pandanganku memandang wajah Iz. Nampak kerutan pada dahi lelaki itu bila soalan tok kadi masih belum ku jawab.
            “Saa..saya...”
            “Tunggu!!”
            Semua mata berkali memandang gerangan yang menjerit tadi. Mataku terbuntang bila melihat wajah mereka satu persatu. Mahu saja aku menangis bila melihat kehadiran mereka di sini. Suasana menjadi tegang dengan kehadiran 4 orang lelaki tua yang sering kali menghiburkan hatiku di kala aku tengah berduka. Sekarang, kehadiran mereka benar-benar menyelamatkan keadaanku.
            “Kami membantah! Risya tak boleh kahwin dengan lelaki itu!” Bentak Pak Mail.
            “Ya! Kami olang manyak suka dia sama olang lain. Bukan sama dia!” Bantah Pak Ong pula. Aku mahu tersenyum melihat gelagat mereka yang berlagak seperti seorang penyelamat. Dalam tawaku, air mata tetap mengalir jua. Iz terpempan melihat kehadiran mereka berempat.
            “Apa semua ni, Risya?” Soal ayah yang terkejut dengan kehadiran mereka. Kemudian, mataku menangkap kehadiran kak Hasnah di muka pintu. Kak Hasnah sedikti termengah-mengah.
            “Encik Kamal ya? Kami datang nak bawa anak kamu ni lari dari pernikahannya ini. Kami minta kebenaran dari Encik Kamal untuk membenarkan kami membawa dia ke tempat lain ingin membantu Risya menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan segera.”
            “Apa?” Berkerut wajah ayahku di kala itu.
            “Tak apa, abang Kamal. Biarlah Risya pergi ikut mereka,” Aku terkedu saat mama Iz memberi kebenaran untuk aku meninggalkan majlis ini. Begitu aku bersyukur kerana mengenali mamaa Iz yang begitu prihatin dengan perasaanku. Mataku tak mampu menahan lagi. Aku menangis semahunya.
            “Tapi, macam mana dengan..”
            “Tak apalah, G. Biarkan saja anak awak tu pergi dengan mereka. Pasal tetamu ni semua, biar kami yang uruskan.” Pintas itu cuba menenangkan ayah di sebelah.
            “Risya, pergilah nak. Pergilah cari kebahagiaan kamu, nak. Ibu restukan kamu dan dia. Pergi!”
            “Tapi, ibu...Nick kan dah nak kahwin?”
            “Siapa cakap dia nak kahwin? Kau ni bengap ke apa? Yang nak kahwin tu, abang dia! Nik Emir bukan Nik Emil. Bodoh!” Pangkah kak Hasnah pula. Aku kelu. Benarkah?
            “Risya, jom! Kamu pergilah ke sana segera. Sebelum terjadi apa-apa.” Saran Pak Li. Lalu, mereka berempat menarikku dari terus duduk di atas pelamin. Aku terkocoh-kocoh keluar dari rumah cik Deng.
            “Kak! Nah, sambut!” Jerit Farina kecil. Di tangannya ada kunci keretaku dan ditikamnya. Aku sambut kunci tersebut dan segera membuka pintu kereta. Mak aiii..Ni memang macam macam pengantin perempuan lari dari hari perkahwinannya.
            “Kamu pergilah ke rumah tok Idham. Mereka dah nak mula dah tu. Pergilah jumpa, Nick. Mesti dia gembira bila tengok kamu ada di situ,” Ujar Pak Mail. Keempat-empat pak cik mengangguk laju. Aku tersenyum manis. Mereka sanggup ke sini, keluar dari rumah kebajikan semata-mata mahu menghentikan perkahwinanku. Demi menyelamatkan hubunganku dan juga Nick. Siapa yang tak terharu? Uhuu...
            “Tunggu!” Jerit suara garau sebelum sempat aku membolos masuk ke dalam perut kereta. Mataku memandang wajah sayu Iz yang bergerak mendekatiku.
            “Kenapa semua orang buat keputusan tanpa kira keputusan aku?” Soal Iz sedikit menjerit. Matanya mencerlung memandang wajahku. Aku menunduk tidak mahu bertentang mata dengannya.
            “Pergilah, Risya,” Lantas aku panggung kepala. Terkejut dengan apa yang disuarakan oleh Iz itu. Aku terkebil-kebil sehingga terlopong mulutku, tidak percaya.
            “Aku nak kau pergi jumpa Nick. Aku nak minta maaf kat kau sebab mempergunakan kau selama ini. Bukan niatku, Risya, kita jadi begini. Salah aku kerana terlalu mementingkan diri. Salah aku kerana tidak memikirkan perasaan kau. Dan salah aku kerana cuba merampas kebahagiaan saudara sendiri. Aku buta, Risya. Buta dalam menilai cinta. Cukuplah aku melakukan kesilapan sebelum ini. Aku menyesal. Menyesal sangat-sangat.” Ucap Iz panjang. Aku nampak wajah keikhlasannya. Mutiara jernih sudah meniti laju di pipi. Aku terharu dengan kata-katanya itu.
            “Kau maafkan aku, kan?” Pinta Iz. Aku mengangguk laju. “Sudah semestinya aku akan maafkan kau, Iz. Dah lama aku maafkan kau. Lagipun, kitakan kawan?” Pujukku. Tergambar wajah gembira di wajahnya. Iz tersenyum manis.
            “Terima kasih, kawan! Pergilah. Sebelum terlambat.” Lalu, aku membolos masuk ke dalam kereta. Iz mengetuk cermin kereta.
            “Drive elok-elok, tau. Biar lambat, asalkan selamat.”
            “Okey.” Pantas aku memandu keretaku dengan penuh cermat. Tetapi, dek kerana mahu cepat, aku tekankan jua pedal minyak supaya sampai tepat pada masanya.
            Bila sudah sampai di kawasan rumah tok Idham, aku memberhentikan kereta jauh sedikit dari rumah banglo tersebut. Ramai benar kereta-kereta yang diparkir di tepi jalan. Aku berlari anak ingin memasuki rumah banglo tok Idham. Kain baju pengantin yang dipakaiku diangkat sedikit agar senang aku nak melangkah.
            “Sah? Sah! Sah!” Suara orang yang menyebut satu perkataan itu benar-benar menyentak hatiku. Pantas aku mencuri pandang. Aku terkedu. Bagai halilintar yang memancar tepat di hatiku, aku terasa mahu jatuh terseungkur di situ. Wajah itu nampak begitu bahagia sekali. Tangannya tak lepas dari berjabat tangan dengan seorang lelaki tua. Di sisinya da seorang perempuan yang bertudung litu berwarna kelabu tersenyum manis. Lelaki yang lengkap berpakaian pengantin itu menarik tangannya dan menadah tangan ingin berdoa.
            ‘Nick sudah selamat diijab kabulkan?’ Detik hatiku. Lututku terasa begitu lemah. Mahu saja aku terduduk di luar pintu rumah banglo tersebut. Aku berundur setapak demi setapak. Lantas aku berpaling. Oh, tidak! Air mataku kembali merembes keluar berjuraian ke pipi. Aku menekup mulut menahan esakan yang menyesksa jiwaku. Aku tarik sedikit kain bajuku dan aku mengorak langkah panjang. Pandangan orang sekeliling tidak aku hiraukan lagi. Yang ada di fikiranku sekarang ialah, aku mahu lari jauh dari situ.
            “Eh? Aunty Risya?” Seorang budak perempuan terlihat kelibat Risya yang sudah pun melangkah jauh dari perkarangan banglo atuknya. “Itukan aunty Risya? Pak Ucu!” Jerit Diya. Laju saja kakinya ke belakang mencari pak cik saudaranya itu.
            “Diya...Kan mama cakap, jangan berlari. Kang jatuh siapa susah?” Tegur seorang wanita yang bertudung kelabu anggun bila terlihat anaknya berlari tanpa menoleh ke belakang. Dia menggeleng dan dikejarnya anaknya itu.
            “Pak Ucu...Pak Ucu,” Panggil Diya pada Nick yang masih leka membantu orang-orang tua di situ. Tangannya bersabun dan sedikit melecun dek mencuci pinggan tadi. Dia cuba untuk menyibukkan diri di belakang. Tidak mahu hanya duduk diam sahaja. Dia tidak mahu mindanya teringat akan Risya yang bakal menjadi isteri kepada Iz hari ini.
            “Diya...Kenapa kacau pak ucu tu? Jangan kacaulah pak ucu. Pak ucu tengah sibuk cuci pinggan,” Tegah Emilda, kak sulung kepada Nick dan juga Emir. Nick menoleh memandang wajah si kecil. Dilihatnya nafas si kecil seperti sedikit semput.
            “Dear..Dear berlari ke tadi? Tengok dah semput dah,” Tegur Nick pula. Emilda menggeleng kepala dan mahu menarik lengan anaknya. Namun, Diya menarik kembali lengannya dari pegangan mamanya.
            “Tadi Dear tengok aunty Risya datang ke sini. Lepas tu, dia terus nangis-nangis bila tengok pak ngah kahwin tadi. Bila dengar orang cakap, sah. Terus aunty Risya pergi dari sini,” Emilda termangu mendengar anaknya bicara. Terus matanya menoleh pada wajah Nick yang sudah berubah. Mata Nick terkebil-kebil tidak percaya.
            “Aa..apa?”
            “Nick!” Tegur satu suara di belakang pula. “I’ve got a call from Hasnah. Dia cakap Risya datang ke sini. Dia tak jadi kahwin. Kau ada...” Terus saja Nick meluru meninggalkan mereka tanpa sempat Haris menyudahkan katanya. Emilda berpaling memandang Haris cemas.
            “Haris, do you mean...Risya, perempuan yang ubah adik akak jadi macam orang tak tentu arah tu?”
            “Macam itulah gayanya,kak. Mujurlah pernikahan Risya terbatal. Sebab tu Risya ke sini. Tapi tak pula saya nampak kelibat Risya di sini,”
            “Tadi anak akak yang nampak dia meluru keluar dari sini lepas tengok Emir diijab kabulkan. Entah-entah, dia salah faham tak? Sebab Diya nampak dia berlari sambil menangis teresak-esak.”
            Haris meraup wajahnya. “Ya Allah. Macam-macamlah halangan dia orang berdua ni. Saya harap-harap, tak jadilah apa-apa yang buruk kat mereka,”
            “Akak pun harap macam tulah,” Keluh Emilda sambil memeluk anaknya di sisi. Di dalam hatinya berdoa agar adik bongsunya itu akan menggapai kebahagian yang dicarinya selama ini.